Detik-detik Kasih Kita...

Sabtu, 16 April 2011

8 Langkah Menzahirkan CINTA~

1. Panggilan
- Gunakan panggilan yang baik. Gunakan perkataan seperti abang, sayang dan sebagainya. Nabi s.a.w memanggil Aisyah dengan panggilan 'Humairaa' yang bermaksud 'si merah jambu'.

2. Saling berkomunikasi dan berhubung
- Komunikasi amat penting. Berbual dan bertanya khabar adalah satu bentuk komunikasi. Penggunaan SMS dan sebagainya amat baik. Hantarlah mesej tertentu seperti jenaka, teka-teki dan sebagainya. Hubungan tanpa komunikasi adalah hubungan yang hambar. Lebih banyak kita berkomunikasi lebih banyak kita memahami. Tetapi waspada, jangan terlebih komunikasi hingga bertukar menjadi benci.

3. Hadiah
- Hadiahkanlah sesuatu kepada pasangan kamu sempena hari keramaian seperti hari lahir, hari raya, hari pekerja atau hari minggu. Hadiah akan mewujudkan kasih sayang. Berilah hadiah nescaya kamu pasti akan kasih-mengasihi. Hadiah  tidak semestinya mahal. Yang penting keikhlasan dan perhargaan. Membeli bunga yang berharga RM3 pun sudah memadai.

4. Membuat kejutan
- Mengajak teman istimewa makan di tempat tertentu atau sebaliknya pada waktu yang sesuai seperti hari minggu.



5. Ucapan tanda penghargaan
- Jangan lupa mengucapkan terima kasih, ucapan tahniah, ucapan takziah dan sebagainya.

6. Memberi galakan terhadap minat pasangan atau hobinya.
- Salah satu kaedah  memberi galakan ialah menyediakan ruang untuk pasangan melakukan aktivitinya, membeli barang kegemarannya atau melibatkan diri dengan hobi tersebut. Aisyah, isteri Nabi Muhammad s.a.w ingin melihat orang Habsyah bermain. Nabi s.a.w bersama Aisyah menemaninya hingga Aisyah berasa jemu. Aisyah berkata dengan maksud: "Aku melihat Nabi s.a.w melindungi aku dengan kain selendangnya, sedangkan aku ketika itu sedang melihat orang Habsyah bermain  di masjid hinggalah aku berasa jemu..." (Riwayat Bukhari). Jangan larang pasangan kamu melakukan aktiviti kesukaannya. Ada kemungkinan pasangan kamu akan menghabiskan masa yang terlalu lama hingga mengabaikan tanggungjawab atau menghabiskan wang banyak dengan aktivitinya. Kamu boleh berbincang dengan baik bagi mengatasi tabiat buruk itu.

7. Menjaga lidah agar tidak bercakap perkara yang tidak sesuai
- Mulut murai, mulut 'laser' dan mulut celupar adalah perkara yang mesti dielakkan. Ada kemungkinan kata-kata akan menikam pasangan kamu dan menyedihkannya. Disebut dalam hadis bahawa Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah bercakap perkara keji.

8. Menghargai pemberian pasangan
- Jangan dilihat pada kualiti atau harga pemberian itu, tetapi pandanglah pada hati yang ikhlas yang menghadiahkan benda tersebut. Yang penting adalah yang tersirat, bukan yang tersurat. Jaga pemberian tersebut dengan baik. Jika tiada hadiah bentuk material, ucapan sudah memadai.

credit: DARA, Mei 09

Choww!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...