Detik-detik Kasih Kita...

Sabtu, 16 April 2011

8 Sebab Si Hensem Masih SINGLE



Tidak semua jejaka tampan yang kacak sudah berpunya.
Sebaliknya  masih ramai yang 'single'.
Kamu tentu tertanya-tanya mengapa sehingga kini masih sendiri, sedangkan ramai peminat perempuan yang ingin mendekatinya.
Rupa ada, kerjaya tetap yang baik dan segala-galanya.
Namun mungkin ada sebab-sebabnya, kenapa??
Semak 8 sebab dibawah!

1. TERLALU JUAL MAHAL
> Kebiasaannya orang yang kacak ini agak jual mahal walaupun ada kalanya dalam hati suka. Keegoannya agak tinggi. Mungkin si tampan merasakan dirinya digilai ramai. Petik sahaja jari 10 yang datang, Kononnya mahu pilih yang terbaik tetapi akhirnya yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.

2. GOSIP TERLALU BANYAK
> Orang yang tampan selalu menjadi buah mulut pemerhati walaupun si tampan keluar hanyalah dengan kawan perempuan, pastinya gosip akan cepat tersebar dan seterusnya menjatuhkan saham lelaki tampan. Pelbagai gosip dan persepsi pandangan pemerhati yang tidak benar, seperti si tampan sudah berpunya, mempunyai ramai perempuan, ini akan menyebabkan saham si tampan jatuh dan si tampan hidup keseorangan.

3. 'MAINTENANCE' TINGGI
> Kebiasaan lelaki kacak ini dikatakan mempunyai 'maintenance' yang agak tinggi. Pakaian, minyak wangi, jam tangan, semuanya mahu berjenama dan ada kalanya mencecah ratusan ringgit, takutlah perempuan yang dekati. Bimbang kopak duit nak beli hadiah hari lahir.

4. MENCARI PASANGAN IDEAL
> Pipit sama pipit, enggang sama enggang. Masakan boleh terbang sama. Begitulah kata pepatah, orang tampan pastinya mencari orang yang cantik juga. Namun, harus diingat bukan semua orang bertuah boleh hidup bersama dengan insan yang diimpikan, akurlah pada jodoh yang datang.


5. PERSEPSI SUKAR DIDEKATI
> Perempuan biasanya menganggap si jejaka tampan agak sukar unuk didekati, apatah lagi untuk menjadikannya sebagai pasangan. Kononnya, banyak cabaran yang perlu dihadapi termasuklah berhadapan dengan saingan-saingan yang merebut cintanya. Apabila semua sudah beranggapan demikian, ini bermakna sampai ke tua lah si tampan membujang.

6. TERLALU BANYAK PILIHAN
> Aduh...! Pening kepala nak memilih yang mana satu sesuai dijadikan teman hidup. Orang tampanlah dikatakan sering dikerumuni dengan macam-macam jenis perempuan. Kalau pilih yang sana, di sini akan kecewa. Akhirnya, dua-dua di tolak jadilah 'single' sehingga ke hari ini.

7. PERNAH DIKECEWAKAN
> Oleh sebab sudah serik bercinta si jejaka tampan lebih bahagia bersendirian. Biarpun terlalu banyak yang datang menagih cinta. Namun masih belum dapat mengubati lukanya. Baginya, dia tidak perlu sia-siakan hidupnya dengan perempuan yang tidak pandai menghargainya. Lebih baik sendiri daripada menderita kerana cinta.

8. TERLALU KOMITED DENGAN KERJAYA
> Sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa dengan cinta. Orang tampan biasanya berfikir yang mereka mudah untuk mendapatkan cinta. Oleh sebab itulah cinta sentiasa menjadi no. 2 dan kerja menjadi no. 1. Namun mereka lupa usia tidak menunggu kita. Sebab itulah, ekoran terlalu komited dan lali dengan kerja sehingga ke hari ini masih lagi sendiri.


credit: DARA, Mei 09

Choww!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...