Detik-detik Kasih Kita...

Sabtu, 16 April 2011

Jangan Ucapkan!!


Bercinta memang seronok. 
Tapi awas!
Sekiranya kita tersilap kata, buruk padahnya.
Dalam menjalinkan hubungan cinta kamu mesti tahu tentang 10 PERKARA yang tidak sepatutnya diucapkan kepada si dia.
Apa dia?? Jom semak fakta di bawah!


1. "Awek saya dulu tak pernah buat macam tu"
* Si dia pasti akan berasa kecewa kerana perempuan tidak suka dibandingkan dengan kekasih kamu dulu dan sebaiknya kamu belajar terima dirinya itu seadanya.

2. "Eh, tak ketat ke baju awak tu? Nampak macam dah gemuk"
* Percayalah perempuan benci dikatakan gemuk! Kamu memang sengaja mencari nahas.

3. "Alamak, abang lupalah hari ni hari jadi sayang"
* Hari penting, kena ingat! Ini akan memberikan kesan dalam perhubungan kamu.

4. "Hai, janganlah asyik marah-marah"
* Jangan tambahkan lagi kemarahannya, kemungkinan si dia ada masalah, jadi bersedialah untuk membantu.

5. "Saya memang pernah keluar dengan dia tapi masa tu saya tengah bengang dengan awak"
* Kamu memang mengecewakan..................

6. "Awak pergilah 'shopping' sendiri atau dengan kawan, saya malaslah nak ikut"
* Kamu mengecilkan hatinya kerana pada masa inilah dia ingin meluangkan masa bersama kamu.

7. Berdebat pertahankan pendapat
* Janganlah sampai bersungguh-sungguh kerana kemenangan kamu hanya akan mengundang masam di mukanya.

8. "Ingat nak ajak awak keluar semalam tapi awak ni 'boring' la"
* Percayalah hubungan kamu boleh putus dengan ayat ini.

9. "Eh, kawan baik awak tu boleh tahan jugak ye?"
* Ini boleh menyebabkan si dia tersinggung dan kamu mengundang malapetaka dalam perhubungan kamu berdua.

10. "Awak ni kuat membebellah, tu belum kawin lagi"
* Jangan salahkannya sahaja, tapi fikirlah kenapa?

credit: DARA, Ogos 09

Choww!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...