Detik-detik Kasih Kita...

Rabu, 13 April 2011

Mana satu???

Kaki Shopping


Tulen vs Tiruan

Yang mana perlu kamu pilih? 
Tulen atau tiruan?
Memang tidak wajar jika kamu membeli barangan tiruan kerana ini bermakna kamu telah menggalakkan pencurian idea dan hak intelek para pencipta dan pereka. Dilema akan melanda kamu apabila perbezaan barangan tulen dan tiruan tidak jauh bezanya.
Jika kamu rasakan kamu harus membazirkan duit yang banyak untuk seutas jam tangan, sehelai seluar, baju serta tas tangan, barangkali kamu pasti akan membeli barang tiruan kerana kamu mampu bergaya dengan barangan berjenama.

Mahal vs Murah

Tidak semua yang mahal itu cantik dan tidak semua yang murah itu buruk.
Tidak semua barangan mahal itu tahan lama dan tidak semua barangan murah itu cepat rosak.
Adakalanya barangan yang murah jauh lebih cantik dan tahan lama berbanding barangan mahal. 
Tengok pula si pemakai. Jika si pemakainya pandai bergaya, barang murah pun jadi mahal. 
Jadi tidak perlulah kamu membazir semata-mata kerana jenamanya.

Berjenama vs Tidak Berjenama

Prinsip yang sama juga boleh kamu guna pakai untuk membeli barangan berjenama. 
Bukan semua barangan jenama cantik. 
Kadangkala jenamanya sahaja yang gah tetapi ukiran  serta rekaannya 'hampeh'. Jadi jangan jadi mangsa barangan berjenama.
Lihat dahulu, adakah kamu mampu dan ia sesuai untuk kamu.

Trendy vs Klasik

Sesetengah gaya tidak akan lapuk ditelan zaman.
Walaupun sudah keluar berpuluh-puluh tahun misalnya, ia masih mampu menawan hati pembeli dan ia masih kelihatan classy apabila dikenakan. Jadi jangan terpedaya dengan bayangan trend semasa kerana bukan semua yang dikatakan trendy cantik dan hebat. Barangan klasik juga masih mampu digayakan.

Kesesuaian vs Kaki Fesyen

Kalau dah rasa tak sesuai untuk mengenakan fesyen terkini, tak payahlah memaksa tubuhmu untuk menggayakannya. Nanti sakit mata masyarakat memandangmu. Biarlah stail yang kamu kenakan sesuai dengan imej dan penampilan kamu.


Credit: Remaja; 15 Jan 2008

Choww!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...